Batal
@ Tidak Solat Jika Keputihan Melekat Pada Seluar Dalam
Soalan
salam,
adakah batal solat jika keputihan melekat pada seluar dalam yang kita sedang pakai.
terima kasih

Jawapan
Waalaikumussalam wrt. wbt
Sesuatu yang keluar daripada
kemaluan samada jalan belakang atau jalan
hadapan adalah najis kecuali air mani. Ini termasuklah keputihan yang pada
kebiasaannya keluar daripada kemaluan wanita. Oleh itu kita wajib
membersih kemaluan dan tempat yang terkena keputihan itu dengan air yang
suci lagi menyucikan ( air mutlak) sebelum mendirikan solat. Sekiranya kita
memakai pakaian yang terkena najis (keputihan) dalam solat dan tidak
dibersihkan terlebih dahulu, maka solat tersebut tidak sah.
Sekiranya saudari mengalami masalah keputihan, sebaik-baiknya pakailah alas bagi mengelak keputihan itu melekat pada seluar dalam.
Apabila hendak mendirikan solat, alas tersebut dibuka, basuhlah kemaluan
dan ambil wudhu' seperti biasa serta dirikan solat.Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment